Wednesday 1 October 2014

Kami dari kumpulan lapan akan membuat pembentangan bagi subjek Pengajian Malaysia. kami akan membentangkan tajuk mengenai Sejarah Kedatangan Islam Ke Tanah Melayu. Subtopik bagi tajuk ini ialah membincangkan secara kritis mengenai kedatangan islam ke tanah melayu. Ahli kumpulan kami terdiri daripada 4 orang, iaitu Syazwani, Nabila, Afrina, dan Sabrina.




PENGENALAN


BAB1

Kedatangan islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula pada abad ke-7 masihi. Pandangan ini berdasarkan kemungkinan agama islam disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ke Negara China. Sebelum kedatangan islam, masyarakat melayu menganut fahaman animisme. keadaan ini berubah selepas kedatangan islam yang membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan Tuhan yang banyak. Bermula dengan konsep keesaan tuhan dan ibadat yang luas, islam telah berjaya menarik minat masyarakat tempatan. Sejak kedatangan islam, kehidupan harian masyarakat Melayu dan adat istiadat tertentu yang bertentangan dengan akidah ditinggalkan secara beransur-ansur. Seterusnya islam semakin berkembang berikutan dengan kemunculan beberapa buah kerajaan islam di Pasai dan Perlak di persekitaran Selat Melaka pada abad ke-13 masihi. 



Sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke-16 masihi, agama islam telah tersebar dengan meluas hampir ke seluruh Kepulauan Melayu dan mengurangkan pengaruh agama Hindu-Buddha yang bertapak berabad-abad lamanya di Tanah Melayu. Dari sudut sejarahnya selepas kedatangan islam dan pembentukan Kerajaan Melaka yang bercorak keislaman, kita dapati proses islamisasi di bidang undang-undang, sosio-budaya dan politik berterusan berlaku. Sejak itu, islam telah berkembang pesat sehingga menjadi agama yang dianuti oleh sebahagian besar penduduk di Kepulauan Melayu. perubahan dalam bidang sosio-budaya juga berlaku di mana orang Melayu telah menghayati nilai-nilai akhlak islam dalam kehidupan yang terangkum dalam adab-adab kehidupan mereka seperti adab berpakaian, adan berbahasa, adab berjiran dan sebagainya. Dalam bidang politik, pemerintah dianggap sebagai pemerintah di mana kekuasaan politik itu merupakan satu amanan Allah dan para pemimpin diminta bertindak mengikut lunas-lunas yang digariksan oleh Islam.





Kesan Kedatangan Islam Ke Tanah Melayu

Terhadap Agama Dan Kepercayaan:                                                                                                                                                                                            

Selepas kedatangan islam ke tanah melayu, sebahagian masyarakat melayu telah meninggalkan ajaran agama Hindu-Buddha dan mempercayai tahyul dan kurafat iaitu kepercayaan animisme, dinamisme dan penyembahan nenek moyang. Kepercayaan Hindhu-Buddha digantikan dengan akidah tauhid. Islam juga telah menghapuskan ajaran sinkritime Hindu-Buddha-Hyang. Selepas mengikuti ajaran Islam, mereka mempercayai konsep ketuhanan, hormat-menghormati Antara manusia dan mantic batman soil pressman tariff. Cara kehidupan mereka juga telah birdbath keypad cara hid up yang Bergama dan mengamalkan serta menghayati ajaran Islam dalam kehidupan. Seperti contoh, masyarakat  melayu akan melahirkan amalan yang sebaris dengan syariat Islam terutama ibadah khusus seperti solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, memberi zakat, mengerjakan haji bagi yang berkemampuan, membaca Al-Quran serta seumpamanya.

Terhadap Politik Dan Pentadbiran:


Selepas kedatangan Islam, pengislaman raja-raja membawa arus perubahan dalam sosio-politik. Dalam aspek politik, sistem dan konsep raja dalam agama Hindu telah bertukar kepada sistem dan konsep sultan di dalam Islam. Di dalam politik yang berteraskan agama Hindu, raja dianggap bayangan tuhan ataupun dewaraja. Di dalam islam, raja adalah manusia biasa tetapi diberi kemuliaan kerana peranannya sebagai ketua agama dan pentadbir sebagaimana yang dijalankan di dalam system kekhalifan pada masa dahulu. Raja dianggap suci kerana berasal dari keturunan dewa Vishnu dan siva. Raja berhak sepenuhnya menentukan hukuman dan kedudukan lebih tinggi dari undang-undang. Rakyat tidak hak bersuara walaupun raja tidak berlaku adil dan kurang ajar. Sesiapa yang menentang akan ditimpa daulat. Seterusnya, kedatangan Islam secara langsung telah memperkenalkan sistem pentadbiran secara kesultanan di rantau ini. Sultan merupakan ketua tertinggi bagi melindungi agama dan adat tetapi tidaklah dianggap sebagai peribadi yang paling suci seperti zaman hindu yang perlu disembah. Sultan bertanggungjawab menjadikan agama islam sebagai agama rasmi negara. 






CARA KEDATANGAN AGAMA ISLAM KE TANAH MELAYU


2 TEORI KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU MELALUI :


1.Teori Kedatangan Islam Melalui Cina

Pendapat ini dikemukakan oleh Emanual Gadinho Eradia dan S. Q. fatimi. Islam sendiri pernah sampai ke negara China pada sekitar tahun 650 Masihi yang pada ketika itu zaman pemerintahan Dinasti Pang. Pada waktu tersebut, wilayah Canton telah menjadi tempat tumpuan pedagang-pedagang serta pendakwah Islam. Pada tahun 877 Masihi, telah berlaku pemberontakan di wilayah Canton yang telah mengorbankan 120 000 hingga 200 000 pedagang-pedagang yang kebanyakannya datang dari Tanah Arab dan mnyebabkan orang Arab-Islam menyelamatkan diri mereka di Kalah (Kedah) serta Palembang. Menurut catatan, kedatangan pedagang-pedagang Islam dari negara China bermula pada awal tahun 977 Masihi. Penemuan batu bersurat di Kuala Sungai Tersat, Kuala Berang Terengganu.

        
Replika batu bersurat di Bulatan Ladang KualaTerengganu 



2.Teori Kedatangan Islam Melalui Tanah Arab

Teori ini dikemukan oleh John Crowford dan disokong oleh Professor Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Hubungan perdagangan negara Arab dengan tanah melayu telah berlaku sebelum wujudnya islam lagi. Tetapi aktiviti dagangan bertambah selepas islam diperkenalkan di alam melayu pada abad ke-7 masihi. Sesuai dengan islam yang bersifat universal, masyarakat melayu selesa dengan agama islam yang dianuti mereka. Malah ianya memudahkan lagi pedagang-pedagang Arab melakukan aktiviti dagangan mereka.
Sebagai contoh bukti kedatangan Islam terus dari Arab/Parsi telah dihujahkan oleh Professor Doktor Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972) ialah:
·                                                                        
  •     Kebanyakan ulama-ulama yang datang ke rantau ini adalah dari tanah arab seperti     Syeikh Ismail al-Siddiq, Maulana Abu Bakar, Maulana Iskah dan ramai lagi.
  •    Istilah Melaka berasal daripada Arab iaitu ‘mulaqat’ bermaksud tempat pertemuan.
  •  Terdirinya kerajaan Melayu-Islam Melaka yang menggunakan perundangan islam      ‘Syariah Islamiyyah’ untuk mentadbir negara.
  •   Terdapat istilah bahasa Arab dalam bahasa Melayu sebagai contoh adil, zalim, ilmu,  kanun, kalam dan sebagainya.
Kebanyakkan pedagang arab membina perkampungan menyediakan tapak untuk berdagang serta berfungsi sebagai tempat untuk mengumpul barang jualan dan tempat membeli barang-barang mewah yang datang dari china dan india.



FAKTOR-FAKTOR  KEDATANGAN  ISLAM  KE TANAH MELAYU

Dari Segi Perdagangan:

Pedagang islam yang berdagang turut menyebarkan islam di bandar-bandar pelabuhan Tanah Melayu yang menjadi pusat perkembangan ekonomi dan ilmu. Dakwah Islamiah disebarkan di pelabuhan yang menjadi pusat kegiatan ekonomi manusia. Sikap dan tingkah laku pedagang islam yang datang dari Arab, India dan China telah menjadi ikutan penduduk setempat. Sifat mahmuda, berhemah dan lemah lembut pedagang yang berdakwah menarik ramai penduduk tempatan memeluk islam..
Golongan pedagang juga merupakan golongan yang kaya dan dihormati oleh penduduk tempatan. Amalan agama mereka mudah mempengaruhi penduduk tempatan dan ada diantaranya berkahwin dengan penduduk tempatan yang secara tidak langsung agama Islam turut berkembang
Ada dikalangan pedagang yang membawa bersama mereka mubaligh Islam ketika melakukan urusan perdagangan. Syeikh Abdul Aziz dari Jeddah dan Syeikh Ismail dari Mekah adalah antara mubaligh Islam yang turut serta dalam misi perdagangan yang kemudiannya berjaya mengIslamkan beberapa pemerintah kerajaan Melayu.


Dari Segi Perkahwinan:

Islam tersebar di tanah melayu menerusi perkahwinan antara pedagang islam dengan penduduk tempatan. Perkahwinan pertama melalui perkahwinan siasah di kalangan kerabat diraja seperti di melaka, Sultan Mansur Shah dan Sultan Mudzafar Shah telah mengawinkan puteri-puteri mereka dengan raja siak, Kampar, inderagiri dan jambi di sumatera utara Pahang dan kedah.  Perkahwinan yang kedua melalui perkahwinan biasa. Perkahwinan biasa berlaku antara pedagang islam atau ulamak islam dari India atau Arab dengan penduduk tempatan menyebabkan penyebaran islam dikalangan keluarga dan masyarakat sekeliling keluarga orang yang baru dikahwini.Perkawinan juga berlaku di kalangan saudagar Arab, China dan India dengan puteri-puteri golongan istana.


Dari Segi Raja­-Raja:

Pengislaman raja dan golongan bangsawan turut diikuti oleh golongan rakyat kerana sangat taat kepada perintah. Apabila raja dan golongan bangsawan memeluk islam, rakyat akan mengikuti kerana sangat mentaati golongan pemerintah. Sebagai contoh pengislaman Megat Iskandar Syah Melaka dan pengislaman Raja Malik Al-Salih Pasai.





TUJUAN  KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU

Dari Segi Pemerintahan dan Pentadbiran:

Di Asia Tenggara, sistem pemerintahan sebelum Islam berdasarkan sistem pemerintahan raja berkuasa mutlak. Namun dengan kedatangan Islam, sedikit sebanyak telah merubah sistem tersebut kepada sistem berasaskan Islam. Institusi kesultanan telah diasaskan berdasarkan kepada sistem pemerintahan Kerajaan Islam Bani Abbasiyah dan Turki Uthmaniyah.

Ketua negara bergelar sultan. Penggunaan gelaran ini memperkukuhkan sistem pemerintahan berasaskan Islam. Jawatan Mufti diwujudkan sebagai penasihat sultan dalam urusan hal ehwal agama Islam serta pentadbiran negara. Jawatan-jawatan lain juga diwujudkan seperti kadi, khatib, bilal, pemungut zakat, penyelia baitulmal dan penjaga harta wakaf.

Penyelarasan jawatan sultan dan jawatan-jawatan lain membuatkan kerajaan di Asia Tenggara selaras dengan kerajaan-kerajaan Islam yang wujud di dunia waktu itu. Ini menandakan bahawa wujud semangat persaudaraan dalam kalangan umat Islam sedunia. Menurut Hukum Kanun Melaka, raja-raja Melaka digelar Khalifatul Mukminin yang membawa maksud pemimpin orang mukmin. Malah penggunaan gelaran ini turut tercatat pada wang syiling dalam kerajaan Melayu Melaka, Terengganu, Kelantan, Johor, Pahang dan Kedah.

Dari Segi Ekonomi:

Bidang ekonomi turut diberikan penekanan dalam tujuan kedatangan Islam. Institusi ekonomi Islam diberikan penekanan dalam kerajaan Islam di Asia Tenggara. Institusi Baitumal diperkenalkan seperti semasa pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam di Acheh. Baitulmal berfungsi sebagai perbendaharaan negara dan sumbernya diperoleh daripada hasil zakat dan sedekah. Islam menekankan umatnya berusaha dan rajin bekerja untuk mencari rezeki yang halal serta melarang kegiatan meminta-minta (mengemis).
Perdagangan dalam Islam amat digalakkan tetapi mesti bersih daripada amalan riba, penindasan dan penipuan. Malah nilai-nilai murni dalam perniagaan ditekankan seperti berjimat cermat, bersedekah dan berusaha gigih. Sebagai warganegara Islam maka mesti berpegang kepada keinginan kepada kemakmuran dan kemajuan, maka setiap usaha ke arah pembangunan mesti dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh tanpa membelakangkan lunas-lunas Islam.



TANAH MELAYU SELEPAS KEDATANGAN ISLAM

Kedatangan islam telah memberi kesan yang besar terhadap masyarakat melayu. Kesan ini juga jelas dilihat di dalam kehidupan seharian masyarakat melayu. Kehidupan masyarakat melayu banak didasari adat dan ajaran agama islam. Kesan dan pengarh islam dalam tamadun melayu adalah seperti berikut :

  •  AGAMA DAN KEPERCAYAAN

Kesan utama yang diawa oleh islam ialah terhadap akidah dan kepercayaan. Sebahagian daripada masyarakat melayu telah meninggalkan ajaran agama HinduBuddha dan kepercayaan animisme. Mereka percaya kepada konsep ketuanan, hormat-menghormati antara manusia dan menitikberatkan soal persamaan taraf. Cara kehidupan mereka juga telah berubah kepada cara hidup beagama dengan mengamal dan menghayati ajaran islam dalam kehidupan mereka.

Kepercayaan dan agama merupakan 2 aspek sosial yang agak sukar untuk dipisahkan kerana sebahagian besar daripada kepercayaan masyarakat melayu pada peringkat permulaan adalah berbentuk animism. Dalam kepercayaan ini mereka menganggap benda-benda mempunyai semangat dan kuasa ghaib. Sebubungan dengan itu, wujudlah pemujaan atau penyembahan kepada batu-batu, pokok-pokok, sungai-sungai dan fenomena alam yang lain. Kuasa ghaib itu disifatkan sebagai hantu, jembalang atau jin yang menjadi penunggu objek tersebut.

     ·         PENDIDIKAN

Islam membawa perubahan dalam system pendidikan. Selepas kedatangan islam golongan bawahan menerima pendidikan yang sama seperti golongan atasan. System pendidikan yang bermula di istana mula beralih ke beberapa institusi pendidikan islam seperti pondok dan madrasah. Tradisi keilmuan yang ditekankan oleh islam telah mengembangkan pula tradisi pendidikan dan pengajaran secara lebih tersusun. Dorongan belajar bermula dengan pengajaran membaca al-Quran dan kitab-kitab. Golongan pemerintah dan pembesar-pembesar penting dalam mengembangkan ilmu pengetahuan.

Melalui sistem pengajian ilmu tersebut lahirlah para cendiakawan dan ulama-ulama Melayu yang menjadi pengawai-pengawai pemerintah, guru-guru dan ahli agama. Antara tokoh-tokoh Melayu yang terkenal ialah Syeikh Abdul Malik Abdullah, Sheikh Wan Hasan Wan Ishak dan ramai lagi. Tokoh-tokoh ini telah banyak menyumbang ke arah perkembangan ilmu pengetahuan di tanah melayu.

Kedatangan islam membawa pengaruh yang besar terhadap system pendidikan. Di Melaka contohnya, aktiviti pendidikan berlangsung di istana yang juga berfungsi sebagai perpustakaan atau tempat penyalinan dan terjemahan. Di samping itu tempat lain yang digunakan sebagai tempat pengajian ialah ruma-rumah, ulama, masjid, madrasah dan surau. Kebanyakan guru-guru agama pula terdiri dari bangsa Arab. Ilmu-ilmu yang dipelajari ialah ilmu usuluddin, fiqh dan tasawwuf kitab-kitab utama yang menjadi pegangan masyarakat di Melaka ketika itu ialah al-Oar al-Manzum oleh Abu Ishak al-Shirazi, Ihya Ulumuddin oleh al-Ghazali dan Mihaj al-Talibin oleh al-Nawawi. 



·         BAHASA DAN KESUSASTERAAN

Bahasa Melayu telah menerima pengaruh ajaran islam bermula abad ke-14 masihi dan berkembang sehingga akhir abad ke-18 masihi. Pasa awal abad ke-14 kedudukan agama islam semakin teguh dan penyebarannya semakin meluas di Asia Tenggara. Bukti keteguhan kedudukan agama islam di daerah ini dilihat daripada kewujudan penggunaan tulisan Jawi oleh orang-orang Melayu ketika itu. Pada era kerajaan Melayu Melaka misalnya, bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca bagi 84 bahasa yang dituturkan oleh masyarakat Melaka ketika itu. Tahap perkembangan bahasa Melayu daripada bahasa Melayu klasik kepada bahasa yang mempunyai nilai peradaban yang tinggi berlaku pada dua zaman iaitu zaman peralihan dan zaman moden.

Tulisan arab mulai diperkenalkan setelah kedatangan islam. Dari segi bahasa perubahan besar berlaku apaila masyarakat Melayu menyesuaikan perkataan Arab kepada bahasa Melayu. Perubahan ini dipermudahkan setelah tulisan Arab diubahsuai dan dikenali sebagai tulisan Jawi. Melalui sistem tulisan ini, bahasa Melayu dapat memainkan peranan lebih penting apabila digunakan untuk menulis kitab-kitab agama, hikayat-hikayat, undang-undang dan pentadbiran. 

·         PERUNDANGAN

Kedatangan agama islam telah mempengaruhi sistem perundangan di tanah melayu. Sistem perundangan tempatan turut mengalami perubahan seperti yang tercatat dalam Hukum Kanun Melaka, Adat Pepatih dan Adat Temenggung. Undang-undang adat yang tidak bertentangan dengan ajaran agama islam dikekalkan. Contohnya, hakim boleh menggunakan budi bicaranya sama ada menjatuhkan hukuman potong tangan (hudud) bagi kesalahan mencuri ataupun didenda dan dipenjara sahaja.

Setelah islam datang dan tersebar di seluruh tanah melayu sistem perundangan masyarakt Melayu juga berubah kepada sistem adat dan islam. Contohnya Melaka mempunyai Hukum Kanun Melaka yang meliputi tanah, sungai, dusun dan setiap tanah jajahan takluk Melaka. Undang-undang Laut Melaka meliputi perusahaan perkapalan, perdagangan di laut dan di darat dan kegiatan yang berkaitan dengannya. Kedua-dua kumpulan undang-undang ini adalah didasarkan kepada hukum syariah dan juga hukum adat yang telah wujud sejak dahulu lagi.


KESIMPULAN



Kesimpulannya tujuan utama kedatangan Islam ke alam melayu sudah semestinya untuk menyebarkan serta meluaskan empayar Islam ke serata dunia. Kedatangan Islam ke alam melayu sudah lama sejak pemerintahan kesultanan Melaka lagi dengan secara tidak rasmi. Titik mula perkembangan Islam bermula selepas Parameswara memeluk Islam di rantau ini. Pertapakan Islam di alam melayu telah membawa pengaruh besar dalam kehidupan masyarakat ala mini dan ianya memainkan peranan yang amat penting dalam mengembangkn syiar Islam.

Kedatangan Islam di rantau ini iaitu masyarakat alam melayu ini telah membawa pengaruh yang sangat besar. Perubahan ini bukan sahaja dalam aspek aqidah malah merangkumi keseluruhan kehidupan bukan sahaja masyarakat melayu malah masyarakat-masyarakat seluruh dunia. Walaupun pada mulanya agak sukar untuk mengembangkan agama Islam dan sukar untuk menghilangkan sama sekali pengaruh yang telah sebati dengan masyarakat melayu akibat kesan daripada amalan nenek moyang mereka. Namun apa yang paling penting sekali adalah asas-asas kepada Islam itu sendiri tersebut tidak mengalami perubahan, namun masyarakat melayu telah menerima agama tersebutsebagai agama mereka dan sebagaimana yang kita lihat hari ini agama Islam telah sebati dengan masyarakat melayu sehingga sekarang dan beberapa rantau yang lain.

Sehingga sekarang kita masih lagi dipengaruhi oleh Islam dalam setiap dasar dan segala tindakan yang berbentuk sistem kehidupan. Segala perkara yang hendak dilakukan perlu mengikut kaedah Islam kerana Islam kini menjadi asas kepada perpaduan masyarakat alam melayu sehingga disinonimkan Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Pada zaman sekarang yang serba moden ini kekuatan, perkembangan serta kekuasaan masyarakat alam melayu bergantung sejauh mana mereka beramal dengan ajaran agama Islam itu sendiri. Agama Islam sendiri Berjaya mengangkat martabat masyarakat alam melyu itu sendiri malah pernah meletakkan mereka di puncak tamadun dunia pada zaman kegemilangan kerajaan Melayu-Islam Melaka. Kegagalan masyarakat melayu pada zaman sekarang adalah disebabkan kerenggangan mereka dengan agama mereka sendiri dari mengamal dengan Islam. Akhlak anak-anak muda zaman sekarang tidak lagi seperti dulu yang lebih mengagung-agungkan masyarakat di barat daripada mengagung-agungkan agama, bangsa serta negara mereka sendiri.

Untuk memartabatkan dan menaikkan serta mengagungkan kembali masyarakat alam melayu pada masa kini adalah kita perlulah kembali kepada jalan yang lurus iaitu kembali beramal dengan agama Islam, beramal dengan dasar-dasar serta prinsip-prinsip Islam secara menyeluruh bukan hanya Islam pada nama sahaja tetapi ikhlas berjuang demi menegakkan Islam, berjuang kerana Allah S. W. T.